Ke daftar artikel
01/07/20Esports

VALORANT SEA Invitational

Bagikan:

SUB_KV.jpg


VALORANT SEA Invitational telah diumumkan oleh Riot Games dan acara ini akan menjadi tumpuan kepada peminat permainan FPS kompetitif VALORANT yang menanti-nantikan kejohanan kompetitif di Asia Tenggara. Acara ini akan berlangsung pada bulan Julai 11, 1:30PM (GMT+8).

Dalam acara VALORANT SEA Invitational yang dianjurkan bersama IO Esports ini, 6 pasukan yang terdiri daripada kreator (content creator) yang terkenal di Filipina, Malaysia, Singapura, Taiwan dan Thailand akan bertanding dan menunjukkan kemahiran masing-masing. Mereka juga akan berentap untuk merebut hadiah terkumpul bernilai US$10,000 dan hadiah-hadiah lain yang ditaja oleh Intel, Secretlab dan GIGABYTE, serta mendapatkan penghormatan dan prestij sebagai pasukan terbaik di Asia Tenggara.

Pasukan-pasukan ini mengambil bahagian dan bertanding dalam acara ini demi tujuan yang mulia kerana Riot Games Asia Tenggara akan menyumbangkan US$10,000 kepada Dana Bantuan Coronavirus daripada GlobalGiving untuk memberikan manfaat kepada projek-projek yang dihentikan atas pandemik COVID-19, dan juga untuk membantu mencegah penularan wabak itu dengan pelancaran permainan VALORANT bersempena SEA Invitational ini.

VALORANT SEA Invitational ini akan disiarkan secara langsung dalam Bahasa Inggeris, Mandarin, Thai, Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia di Facebook, YouTube dan Twitch.

Kamitunggu

Konten terkait